E-Habibi Albi ini dimulakan pembinaannya pada 10 Ramadhan, bersempena sambutan Asyir
Ramadhan yang biasa disambut oleh umat Rasulullah s.a.w di seluruh alam.
Bertujuan menerbitkan artikel yang mampu membuka minda pembaca dan menjadikan alam maya
ini satu medan irsyad serta peluang untuk membetulkan banyak salah faham berkaitan agama lebih lebih lagi pada akhir zaman
ini.
Saya juga berbesar hati menerima sebarang artikel untuk dikongsi bersama oleh kita semua
dan pastinya ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah.
Peluang menggunakan kemudahan internet patut dimanfaatkan untuk kebaikan Islam dan umatnya
di mana sahaja di muka bumi ini. Satu cara memudahkan penyebaran fahaman Islam yang sebenar dan mencuci kembali masyarakat
dari sebarang anasir yang menyeleweng dari agama yang sebenar.
Moga medan dakwah akan lebih luas lagi dengan penggunaan website dan menjadi momentum ke arah mengukuhkan
akidah dan fahaman kita semua agar tetap atas jalan sunnah Rasulullah s.a.w.
Selamat membaca